Sunday, August 29, 2010

Kembara ke Taman Negara



Keindahan Hutan Hujan Tropik yang masih terpelihara alam semulajadinya. Anda merasa suatu ketenangan apabila berada di sana. Berbeza suasana di tepi pantai. Taman Negara mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk mengamit Pelancong dari dalam dan luar.

 Pangkalan Jeti Jerantut

 Lambatnye bot panjang nak sampai ni



 Pengalaman menaiki bot panjang mengambil masa 3 jam perjalanan. Memang memenatkan tapi banyak pengalaman menarik dapat ada lihat ketika menyusuri sungai Pahang ini. Sekarang mudah untuk ke sana dengan menaiki kenderaan anda boleh terus ke Kuala Tahan melalui Padang Piol, cuma pengalaman anda terbatas kerana tidak berpeluang menyusuri 7 jeram yang ada. Melalui sungai anda boleh melihat beberapa perkampungan orang asli yang terletak berhampiran tebing sungai.


 Tiba di Kuala Tahan sempat lagi bermain dam. Untuk menghilangkan rasa lengguh
semasa berada didalam bot




  Permandangan dari atas Titi gantung yang dikatakan terpanjang di Asia Tenggara. Jaraknya lebih kurang 500 meter panjang dan mempunyai ketinggian........ Anda pandanglah sendiri. Kalau anda merasa gayat tandanya ketinggiannya melebihi dari apa yang dijangkakan. Tapi itu satu pengalaman. Kalau anda tak mencuba rugilah percutian anda ke sana.

 Kenangan bersama Pelancong Jerman




 Stesen persinggahan antara pokok ke pokok





4 comments:

RosliThnin said...

kenangan mengusik jiwa..jgn lupa bg tip2 bguna sblm kesana..awal2 dah famtrip..ermmm

jimbam smbk87 said...

fuyoo caya la dah ade experience tentu jadi pelatih cemerlang mesti dapat point lebin ni n leh jadi ketua rombongan...... Merdeka!merdeka!merdeka!

AZIZ ISMAIL said...

Kenangan lama masa 2000

Telefon dan SMS said...

Kami siri 2/2010 akan pie pada 25 - 27 Mei 11

Post a Comment