Sunday, August 29, 2010

Kembara ke Taman Negara



Keindahan Hutan Hujan Tropik yang masih terpelihara alam semulajadinya. Anda merasa suatu ketenangan apabila berada di sana. Berbeza suasana di tepi pantai. Taman Negara mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk mengamit Pelancong dari dalam dan luar.

 Pangkalan Jeti Jerantut

 Lambatnye bot panjang nak sampai ni



 Pengalaman menaiki bot panjang mengambil masa 3 jam perjalanan. Memang memenatkan tapi banyak pengalaman menarik dapat ada lihat ketika menyusuri sungai Pahang ini. Sekarang mudah untuk ke sana dengan menaiki kenderaan anda boleh terus ke Kuala Tahan melalui Padang Piol, cuma pengalaman anda terbatas kerana tidak berpeluang menyusuri 7 jeram yang ada. Melalui sungai anda boleh melihat beberapa perkampungan orang asli yang terletak berhampiran tebing sungai.


 Tiba di Kuala Tahan sempat lagi bermain dam. Untuk menghilangkan rasa lengguh
semasa berada didalam bot




  Permandangan dari atas Titi gantung yang dikatakan terpanjang di Asia Tenggara. Jaraknya lebih kurang 500 meter panjang dan mempunyai ketinggian........ Anda pandanglah sendiri. Kalau anda merasa gayat tandanya ketinggiannya melebihi dari apa yang dijangkakan. Tapi itu satu pengalaman. Kalau anda tak mencuba rugilah percutian anda ke sana.

 Kenangan bersama Pelancong Jerman




 Stesen persinggahan antara pokok ke pokok





Lawatan Ke Parlimen








Friday, August 27, 2010

Hutan Simpan Bukit Nenas

Laluan pintu masuk Hutan Simpan Bukit Nenas

Di sini diceritakan serba sedikit beberapa fakta mengenai Hutan Simpan Bukit Nenas iaitu ia mempunyai:-

- Keluasan Hutan Simpan Bukit Nenas 30 ekar (9.37 hektar

- Digazetkan pada tahun 1906. Anggaran usia 3 juta tahun


- Status Hutan Dara (Primer)


- Di Tadbir oleh Jabatan Perhutanan Wilayah

                Bagi sesiapa yang membuat Nature Walk anda akan diberi pendedahan dan pengenalan   tentang Hutan Hujan Tropika atau Hutan Tanah Pamah (Lomland Forest) yang mempunyai ekosistem yang komplek dan Bio-Diversiti

Terdapat 4 laluan utamanya:-

a. Arbertorem Trail ( Denai Arboretum )


b. Panarahan Trail ( Denai Panarahan )


c. Jelutong Trail ( Denai Jelutong )


d. Merawan Trail ( Denai Merawan )


              Peserta yang mengikut program tersebut berhenti dibeberapa lokasi untuk berkongsi maklumat tentang kekayaan Hutan Simpan Bukit Nenas ini.   Nature Walk ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ianya bukanlah seperti safari walk di Afrika yang mana pasti kita dapat melihat Fauna yang berada dikawasan tersebut.
              Jika ada rezeki, Pelawat akan dapat melihat beberapa sepsis Fauna yang terdapat didalam Hutan Simpan Bukit Nenas ini, seperti kera ekor panjang, Lotong Kelabu, beberapa jenis burung dan beberapa jenis Fauna lain yang ada di sini. Dengan syarat pelawat dapat mengawal suara sepanjang program ini.
               Terdapat beberapa peraturan yang ringkas patut dipatuhi oleh pelawat iaitu dilarang membuang sampah, mengambil dan mematahkan sebarang ranting yang ada kerana perbuatan ini akan menganggu ekosistem yang sedia ada di Hutan Simpan Bukit Nenas.


TERDAPAT 24 STESEN YANG DILALUI SEPANJANG PROGRAM NATURE WALK

Stesen No 1
BUNGA RAYA – HABISCUS ROSA SINENSIS

Stesen No 2
BATAI – ALBIZIA FALCATA BACK

Stesen No 3
MERANTI PA’ANG – SHOREA BRACTEOLATA

Stesen No 4
ROYAL PALM

Stesen No 5
JELUTONG – DYERA COSTULATA

Stesen No 6
GETAH – HEVEA BRASILIENSIS

Stesen No 7
KERUING BULU – DIPTEROCARPUS

Stesen No 8
JERING – ARCHIDENDRON JERINGA

Stesyen No 9
PAPAN TANDA MONYET – LONG TAIL MACAQUE

Stesen No 10
POST BATAI

Stesen No 11
KREPAL – KOSTERMANSIA MALAYANA

Stesen No 12
KELEDANG BANGKONG (CEMPEDAK HUTAN) – ARTOCARPUS INTERGER)

Stesen No 13
KUNDANG DAUN KECIL (RUMINIA) – BOUEA OPPO SITIFOLIA

Stesen No 14
DURIAN PUNGGAL/DURIAN HUTAN

Stesen No 15
PLATFORM BURUNG

Stesen No 16
MAHANG GAJAH – MAKARANGA GIGENTI

Stesen No 17
HALIA BALDU – VALVET GINGER

Stesen No 18
SETAWAR PUTIH

Stesen No 19
MEMPELAS – TETRACERA

Stesen No 20
JAMBATAN GANTUNG

Stesen No 21
KADOK

Stesen No 22
AKAR LYANA

Stesen No 23
JELUTONG

Stesen No 24
BAYAS – ONCOSPERMA HORRIDUM

                  Bagi yang belum ke sana cubalah dekati diri anda dengan alam semulajadi yang mempunyai keuinkannya yang tersendiri. Anda akan dapat rasakan sendiri suasana yang menyenangkan dengan kicauan burung-burung dan unggas. Siapa sangka ditengah-tengah Hutan batu masih ada Hutan primer yang masih terkawal dan terpelihara mengenai struktur alam semulajadinya.

           

Thursday, August 26, 2010

Car Boot Sales

 SUASANA BOOT SALES YG DIADAKAN
 DIPERHEBAT PADA 26 OGOS 2010
Usahawanx kecil memperkenalkan produk yang dijual

Mulai dibuka jam 8.30 pagi. Kelihatan pembeli dan peniaga masingx sibuk. Banyak barangx yang dijual sempena sambutan Aidilfitri cthnya, baju dan kueh raya. Lihatlah dibawah Pelatih daripada Usahawan Pelancongan mempromosi pelbagai aneka kuih muih sempena hari raya. Kepada yang ingin membuat
tempahan bolehlah layari laman web dibawah.


Pelatih daripada Kursus Jahitan begitu sibuk melayan pelangan
Ni sorang lagi pelatih Usahawan Pelancongan dengan produknya
Hiiiiiii........ cik abang ni senyum je, maklumlah satu bekas dah kosong
walau baru pukul 9.00 pagi.

Tuesday, August 17, 2010

Lawatan ke Langkawi Pada 26 - 29 Julai 2010

PULAU LAGENDA YANG PASTINYA MENGAMIT RAMAI PENGUNJUNG

DATARAN LANG

Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Ianya dikelilingi oleh 99 buah pulau sekitarnya. Banyak tempat-tempat menarik yang harus dikumjungi. Bagi anda yang berminat untuk melancong rancanglah percutian anda bersama keluarga. Anda tidak akan rugi apabila pergi ke Pulau Lagenda tersebut.
Pelatih bergambar beramai-ramai di Jeti 

Anda tidak ada masalah mengenai peninapan disana, banyak tempat-tempat penginapan disediakan
sekitar Langkawi

Makam Mahsuri

Replika Rumah Lagenda Langkawi Mahsuri


Mengabadikan kenangan
Perigi Mahsuri yang dikatakan airnya tidak
pernah kering

 Jeti ke Tasik Dayang Bunting




Pemandu bot yang berpengalaman




TASIK DAYANG BUNTING

Keindahan Tasik yang mempersonakan dengan airnya yang biru
Permandangan bukit yang menyerupai perempuan mengandung
yang mempunyai kaitan dengan sejarah Tasik Dayang Bunting




Kesegaran




KENANGAN DI GUNUNG MAT CINCANG

Pekan kecil Mat Cincang dimana disini beroperasinya kereta kabel
 yang membawa pelancong ke Gunung Mat Cincang. Bagi yang terasa gayat atau
takut elakkan dari menaikinya.




Tenaga Pengajar yang ikut serta dalam program lawatan ke Pulau Lagenda
Langkawi. Terima Kasih kepada Cikguku Sarimah bte Mohd Said dan
Norbahiyah Taha. Jasamu tidak akan dilupakan dan tetap akan menjadi
simpulan kenangan kepada Pelatih Usahawan Pelancongan Siri 1/2010

T E R I M A   K A S I H   S E M U A