Thursday, September 30, 2010

Naturalist


Friday, September 24, 2010

Pulau Kapas Terengganu

Pulau Kapas (Slide 1)


Tempat  yang menarik untuk dikunjungi. Merupakan destinasi percutian yang dinantixkan oleh semua orang. Mengambil masa perjalanan lebih kurang 20 minit dengan menaiki bot dari Jeti Marang ke Pulau Kapas. Bagi yang berminat untuk melihat pelbagai spesis ikan dan batu karang di sinilah tempatnya selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Lokasi Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas

 
Permandangan Pulau Kapas yang sentiasa mengamit
Pengunjung dalam dan luar.



 Pulau Kapas (Slide 2)
Pengalaman Snookling

Pengalaman semasa membuat persiapan untuk pergi snookling. Pagi tu kami semua menaiki bot menuju tempat snookling. Banyak ikanx dari pelbagai warna dan spesis terdapat disitu. Keindahan dasar laut sukar untuk digambarkan, Pelbagai karang yang beraneka warna dan bentuk terdapat disetiap dasar laut.


Pulau Kapas (Slide 3)
Jungle Tracking Jurasic Park


Jeti Pulau Kapas

Keadaan pantai yang jernih airnya




Monday, September 20, 2010

Gambar Kenangan 2

Gambar Kenangan

Tuesday, September 07, 2010

Jungle Trail Bukit Nenas

Hutan Simpan Bukit Nenas

 


Di hadapan Post Batai
Mana dia org ni......pukul berapa nak buat nature walk. Tak apa baik aku bergambar dulu.
 Alamak dia org dah sampailah.
  
Di sini diceritakan serba sedikit beberapa fakta mengenai Hutan Simpan Bukit Nenas iaitu ia mempunyai:-
- Keluasan Hutan Simpan Bukit Nenas 30 ekar (9.37 hektar
- Digazetkan pada tahun 1906. Anggaran usia 3 juta tahu
- Status Hutan Dara (Primer)
- Di Tadbir oleh Jabatan Perhutanan Wilayah

      Bagi sesiapa yang membuat Nature Walk anda akan diberi pendedahan dan pengenalan tentang Hutan Hujan Tropika atau Hutan Tanah Pamah (Lomland Forest) yang mempunyai ekosistem yang komplek dan Bio-Diversiti

Terdapat 4 laluan utamanya:-

a. Arbertorem Trail ( Denai Arboretum )
b. Panarahan Trail ( Denai Panarahan )
c. Jelutong Trail ( Denai Jelutong )
d. Merawan Trail ( Denai Merawan


                      cayalah..........

           Jika ada rezeki,  kita dapat melihat beberapa sepsis Fauna yang terdapat didalam Hutan Simpan Bukit Nenas ini, seperti kera ekor panjang, Lotong Kelabu, beberapa jenis burung dan beberapa jenis Fauna lain yang ada di sini. Dengan syarat anda semua dapat mengawal suara sepanjang program ini.

           Terdapat beberapa peraturan yang ringkas patut dipatuhi  iaitu dilarang membuang sampah, mengambil dan mematahkan sebarang ranting yang ada kerana perbuatan ini akan menganggu ekosistem yang sedia ada di Hutan Simpan Bukit Nenas.
           Peserta yang mengikut program pada pagi ini akan berhenti dibeberapa lokasi untuk berkongsi maklumat tentang kekayaan Hutan Simpan Bukit Nenas ini. Nature Walk ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ianya bukanlah seperti safari walk di Afrika yang mana pasti kita dapat melihat Fauna yang berada dikawasan tersebut.



 belatarbelakangkan Krepal yang terdapat di Hutan Simpan Bukit Nenas. Lihat betapa besarnya banir tersebut, entak berapa kali ganda zaiz badan saya. He.....he......he.....



Dihadapan pokok Krepal tersebut saya berpeluang melihat Long Tail Macaque.   cam tulah lebih kurang atau nama saintifiknya Macaca Fascicularis 

penat juga berjalan. Kena rehat kejap

Ni dia maklumat tentang pokok Mahang Gajah atau Makarangga Gigenti

anda dapat melihat pelbagai jenis pokok dan maklumat terperinci

sapa kata tak penat 45 minit masa yang panjang tau. sempat juga berehat di pondok berhampiran

Inilah replika titi gantung. Untuk yang lebih mencabar kenalah ke Taman Negara
panjang laluannya adalah lebih kurang 500 meter.

demotrasi..... jangan buat macam ini bagi yang merasa gayat

rasa lega bila dah abis buat jungle trail. kena rehat jap sebelum ada trip baru