Wednesday, August 11, 2010

Jungle Trail Sungai Chiling Pada 23 Jul 2010

 Kumpulan Pelatih Usahawan Pelancongan Siri 1/2010  yang membuat jungle trail
ke Sungai Chiling bergambar beramaix dihadapan Ampangan Kuala Kubu Bharu, Selangor





taklimat daripada naturelist Zulkifli Mohd Razak

         Air terjun sememangnya antara destinasi percutian paling popular di negara ini. Namun keindahan tempat perkelahan yang popular seringkali sesak pada setiap hujung minggu. Bagi yang merancang untuk menikmati hari cuti dengan tenang dan lebih selesa, air terjun Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu menjanjikan persekitaran yang pastinya mendamaikan fikiran. Walaupun agak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, ketenangan rimba di tengah-tengah hutan simpan itu adalah antara air terjun yang tercantik di Selangor. Bahkan ia adalah lokasi wajib di kalangan pencinta air terjun di negara ini.

        Sungai Chiling terletak di Wilayah Ulu Selangor dan dekat dengan Bandar Kuala Kubu Bharu. Dalam perjalanan tersebut akan jumpa satu Selangor Dam sebelum sampai destinasi. Sungai Chiling bukan sahaja terkenal dengan keindahan air terjun dan aliran jeram yang jernih tetapi mempunyai satu lagi tarikan iaitu spesies ikan kelah yang mudah ditemui di celah-celah aliran jeramnya. Kelebihan itu menjadikan kawasan perkelahan itu diiktiraf sebagai Santuari Ikan Sungai Chiling (sejak 2007) malah merupakan habitat semula jadi ikan kelah paling dekat untuk dikunjungi. Kalau anda semua berenang sehingga mencapai kedalaman lebih dari ketinggian anda, sudah pasti anda akan berenang bersama dengan ikan-ikan yang juga turun bersama dengan anda.

          Pengalaman Pelatih Usahawan Pelancongan pada pagi 03hb Ogos 2010 turut disertai bersama pelancong daripada Negara Jerman dan Turki. Jam 8.00 pagi kami mula bergerak dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam daripada PERHEBAT Kuala Lumpur. Perjalanan melalui lebuh raya menghala ke Ipoh. Ketika sampai di Ampangan Sg Selangor, kami sempat mengambil gambar berkumpulan. Pemandangan disitu amat menarik sekali. Kami meneruskan perjalanan menuju Sungai Chilling. Kalau nak dikutkan setiap individu perlu mendaftar dan membayar yuran masuk RM1 di pejabat santuari.
. Perjalanan menuju ke air terjun utama memakan masa kira-kira satu jam selepas enam kali menyeberangi jeram. Pada kebiasaannya, paras air tidak melebihi paras paha dengan arus yang agak perlahan. Pada masa itu kami boleh menyeberang dengan lebih mudah melalui kawasan yang berbatu. Cuma perlu lebih berhati-hati semasa menyeberangi sungai kerana batu-batu licin boleh menyebabkan tergelincir. Ada juga diantara kumpulan kami yang terjatuh sebelum sampai destinasi untuk mandi manda. Sebaik-baiknya peralatan seperti telefon    dan kamera disimpan dalam bekas kalis air.Semasa menyusur di tepi jeram yang landai itu sempat juga kami bergambar tetapi bukanlah kumpulan yang besar. Kami juga dapat perhatikan kelibat ikan-ikan kelah yang 'bermain' arus di celah-celah batu. Bagaimanapun kami hanya dibenarkan melihat dan memberi makan. Memancing spesies kelah itu dilarang keras oleh Jabatan Perikanan Larangan itu merupakan sebahagian daripada usaha pemuliharaan spesies kelah di kawasan itu.

Memang tidak dinafikan perjalanan kami pada hari itu amat bermakna sekali, walaupun terasa penat tetapi keredupan dan kesegaran air semasa menyusuri sungai itu membuat kami berasa segar sekali.

Sempat lagi bergambar





           Perjalanan di sepanjang sungai itu juga menjanjikan pengalaman berbeza dengan destinasi air terjun lain kerana hutan simpan berhampiran yang dihuni pelbagai spesies flora dan fauna mudah ditemui di situ. Kumpulan kami juga didedahkan tentang flora yang terdapat di situ oleh Cikgu Zulkifli. Terdapat tumbuhan seperti periuk kera, mahang gajah, ara dan tumbuhan herba seperti Mas Cotek tapak sulaiman. Spesis buluh merupakan tumbuhan yang paling panyak didapati di situ. Susurilah jeram mana sekali pun pastinya tumbuhan itu ada dimana-mana.


tunjuk apa tu?...






            Kami tracking ke dalam untuk pergi ke kawasan air terjun yang sangat tinggi.... dan kedalaman lebih daripada 4 meter. Sungguh teruja dibuatnya untuk terjun kebawah. Air nya juga sangat sejuk sambil melihat ikan berenang-renang. Susah nak rasa air yang sejuk ini kecuali di sini. Kalau baring tidur pun best sebab, dapat dengar alunan muzik daripada air terjun yang sangat menenangkan. cubalah kesana.....

           Jam 12.30 kami tiba di air terjun utama Sg. Chiling. Kami disambut dengan curahan air terjun setinggi kira-kira 70 meter dengan tadahan sebuah kolam yang cukup luas untuk menampung puluhan pelawat. Bagi yang tidak berenang, merendam kaki ke dalam kesejukan air di situ sudah cukup untuk melepaskan segala tekanan dan kerisauan di hati. Selain kolam dan curahan air terjun utama, beberapa lagi tempat perkelahan boleh ditemui di bahagian lebih atas bagi yang masih mampu mendaki. Namun seperti dikatakan tadi, kawasan perkelahan ini tidak begitu dibanjiri pengunjung. Kebanyakan pelawat yang tiba di sini adalah mereka yang gemarkan aktiviti meredah hutan.

Sebarang aktiviti memasak di larang sama sekali, Bukan sahaja untuk tujuan kebersihan tetapi untuk mengelak curahan kepala air yang sering berlaku di situ. sebab itu sebelum pergi kumpulan kami terlebih dahulu menyediakan bekalan makanan yang diagihkan kepada setiap individu umtuk dibawa. Kami berhenti makan tengahari dengan berlatarbelakang air terjun yang memutih.
kenangan bersama cikgu Zulkifli
dan pelancong Jerman dan Turki

tiba di Sg Chiling untuk menimati air terjun yang
sangat indah untuk sessi "Refresh"





Air terjun Sg. Chilling, ada satu tingkat lagi tu.... dari seni dapat
 rasa dia punya kesejukan daripada air terjun yang memancut...

Berehat untuk meghilangkan keletihan. Tapi puas

          Jam 2.00 petang kami tinggalkan air terjun sg chilling dengan perasaan yang sangat gembira. Ada yang sudah keletihan.. ada yang sudah termenung menikmati alam. Begitulah keindahan yang tidak dapat digambarkan semasa pergi ke sana. Terima kasih kepada pihak penganjur, tenaga pengajar yang terlibat iaitu cikgu Zulkifli dan Cikgu Jamil serta semua Pelatih Usahawan Pelancongan Siri 1/2010.

0 comments:

Post a Comment