Saturday, October 30, 2010

Fraser Hill (Bird watching) 19hb - 21hb Okt 2010

sempat juga merakam kenangan

kumpulan Birdwatching mengabadi kenangan

Dihadapan banglo penginapan (Rumah Peranginan Persekutuan)

Salam untuk semua salam 1 Malaysia

Suasana tempat penginapan yang selesa. Terdapat 6 bilik
dalam banglo tersebut.

Ruang makan yang luas

suasana bilik tidur yang selesa

Aktiviti utama pada hari pertama berada di Fraser Hill

Bestnye dapat tengok Silver -eared Mesia

Kumpulan Back Hornbill bersiap sedia utk bird race

Kumpulan Nature Guide berpengalaman

Kenangan beramai-ramai dihadapan Smookehouse
Gambar yang popular

bersama salah seorang kumpulan Black Hornbill

Pintu masuk Air terjun Jeriau, Fraser Hill

Berlatarbelakangkan air terjun Jeriau

BBQ pada malam ke 2, disulami dengan sesi karaoke

Bergaya di perkarangan laman banglo penginapan

kegembiraan terbayang apabila tugas dan aktiviti utk program
Birdrace selesai. Bersiap-siap untuk bergerak pulang daa....

Friday, October 15, 2010

National Park, Pahang

TAMAN NEGARA PAHANG ( 05HB OKT HINGGA 07HB OKT 2010 )

Introduksi
Keindahan alam semulajadi flora dan fauna ciptaan Ilahi amat mengagumkan sesiapa saja yang menghayatinya. Semestinya keindahan alam semulajadi ini perlu dihargai dan dipelihara oleh segenap lapisan masyarakat demi menjaga keindahannya. Melalui lawatan ini saya telah belajar banyak perkara dan dapat menjiwai apa yang dikatakan ekosistem yang kompleks dan bio-diversiti flora dan fauna yang terdapat didalam Hutan Hujan Tropika dan memahami ekosistem yang begitu unik. Itulah keistimewaan yang terdapat di Taman Negara Pahang.
Pendahuluan
Taman Negara berasal daripada dua perkataan Bahasa Melayu yang boleh didefinasikan sebagai sebuah hutan rimba primer yang menghijau dan menpunyai khazanah flora dan fauna dan juga kaya dengan pelbagai spesis kehidupan didalamnya. Taman Negara merupakan sebuah hutan yang masih terpelihara alam semulajadinya. Taman Negara atau dikenali dengan nama National Park merupakan Taman Negara yang pertama yang tertua di Semenanjung Malaysia di bawah pentadbiran Jabatan Perhilitan Negeri Pahang.

Taman Negara suatu ketika dahulu dikenali dengan nama King George V National Park. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1938 setelah mendapat persetujuan oleh sultan daripada tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan Taman Negara sebagai sebuah kawasan perhutanan kekal. Sebelum itu pada tahun 1925, satu kawasan seluas 9,240 hektar di sekitar Gunung Tahan telah diwartakan sebagai Rizab Hidupan Liar Gunung Tahan oleh Kerajaan British.Kawasan tersebut telah diwartakan pada tahun 1938 – 1939 dan diberi nama Taman Negara selepas merdeka pada tahun 1957. Taman Negara terletak di antara 3 sempadan negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri.

Lokasi
Keluasan Taman Negara meliputi 4343 km persegi keluasan Semenanjung Malaysia dan meliputi beberapa negeri seperti Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km persegi, diikuti oleh Taman Negara Terengganu seluas 1,043 km persegi dan Taman Negara Kelantan meliputi kawasan seluas 853 km persegi.

Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 2,187 meter dan merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malysia turut berada di dalam kawasan Taman Negara di Negeri Pahang. Keindahan flora dan faunanya yang kaya dengan pelbagai spesis hidupan sememangnya diakui oleh dunia. Taman Negara ini dikatakan antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia dengan ekosistemnya tidak terjejas sejak 130 juta tahun dahulu. Hari ini Taman Negara telah menjadi satu destinasi ekopelancongan yang utama di negara ini. Tarikan-tarikan utama di taman ini terdiri daripada gabungan elemen semulajadi dan kebudayaan. Taman ini adalah keliaran beberapa mamalia yang sukar ditemui seperti Badak Kerbau dan Seladang. Pelawat juga berpeluang mendaki puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan berketinggian 2,187 meter dari paras laut dan menikmati pelbagai budaya tempatan.

Kami berpeluang untuk mendapat pengalaman dan menimba pengetahuan secara praktikal di Taman Negara apabila membuat lawatan ke tempat tersebut pada 5 Oktober 2010 sehingga 7 Oktober 2010. Setelah mendapat input di dalam kelas, inilah masa sebenar untuk mengenali dan menghayati keindahan serta keunikan biodiversiti Taman Negara.

Perancangan
Bagi memenuhi modul Kursus Usahawan Pelancongan dalam Nature Guide SKM Tahap 3, Saya bersama Pelatih Usahawan Pelancongan yang lain seramai 22 orang telah membuat perancangan ke Taman Negara. Program ini telah dikoordinasikan oleh dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang alam semulajadi daripada perhebat. Program ini telah diluluskan selama 3 hari 2 malam dan peserta-peserta kursus bertolak ke Taman Negara dengan menaiki bas PERHEBAT.


Suasana bot tambang yang membawa kami ke resort bersebelahan
permandangan yang begitu memukau sekali.

Iringan lagu menghargai kehadiran kami

Hari Pertama (Selasa - 5 Oktober 2010)

Setelah segala persiapan dibuat maka pada 5 Oktober 2010 dan semua penuntut kursus telah berkumpul di hadapan bangunan pengurusan PERHEBAT pada jam 0800 pagi untuk taklimat akhir daripada En Zulkifli yang merupakan pengajar pakar dalam program tersebut. Sekali lagi kami berpeluang untuk menimba pengetahuan apabila berkunjung ke Taman Negara - Pahang. Kali ini lawatan turut disertai 3 yang lain, iaitu kenalan Encik Zul iaitu Tony, Chot dan Vicky (pelancong Taiwan). Bas mula bergerak jam 8.45 pagi dari Perhebat, Sungai Buloh merentas Tol Gombak menuju ke Karak untuk ke laluan Lebuhraya Pantai Timur.

Sepanjang perjalanan keaadaan lalulintas agak sesak. Kami juga melalui sebuah terowong yang merupakan pemisah antara negeri Selangor dan Pahang. Keindahan alam semulajadi sepanjang lebuh raya membuatkan saya tidak bosan sepanjang perjalanan. Keindahan permandangan air terjun yang terdapat disebelah kiri Kampung Janda Baik dan kawasan Bukit Tinggi turut menarik perhatian kami. Di sini juga terdapat Berjaya Hill Resort yang terletak berhampiran dengan Hentian Lentang. Di kawasan tersebut juga terdapat Pejabat Hutan Daerah Kecil Lentang dan Dusun Eco Resort yang menjalankan aktiviti Tranning Camp. Jam 1045 pagi kami menyusuri susur keluar Tol Temerloh melalui Kuala Krau,setengah jam selepas itu kelihatan jauh di sebelah kanan Gunung Senyum. Bas merentas Sungai Pahang, memasuki simpang Padang Piol, Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang, Felcra Sungai Tembeling dan kami sampai di Kuala Tahan kira-kira jam 1245 tengahari. Dari simpang masuk jalan utama menuju ke Kuala Tahan lebih kurang 60 km, terdapat beberapa Resort dan restoren terapung disepanjang Sungai Tembeling. Fenomena yang terdapat dikawasan ini mengambarkan imej ecotourism yang menarik perhatian pengunjung.
Pertama kali menjejak kaki di Jeti Kuala Tahan menyebabkan hati rasa teruja untuk tidak sabar merasai pengalaman di Taman Negara, kami menaiki bot untuk ke jeti utama di seberang Sungai Tembeling dan Mutiara Taman Negara Resort tempat penginapan kami.

Menerima Taklimat untuk tugasan aktiviti dari tenaga pengajar


Maklumat di Taman Negara

 Kami bergerak ke penginapan iaitu di hostel yang mana setiap bilik boleh memuatkan seramai 8 orang pengunjung, merasai kembali tidur di katil 2 tingkat. Aktiviti kami untuk meneroka Gua Telinga pada petang itu dibatalkan akibat runtuhan yang berlaku di kawasan tersebut yang boleh membahayakan para pengunjung. Untuk maklumat, surat kebenaran (lesen) diperlukan bagi melakukan aktiviti di Taman Negara, di mana pelawat perlu mendaftar nama di kaunter PERHILITAN yang disediakan. Bagi lesen mengambil gambar untuk kamera, Rm5 dikenakan dengan tempoh sah selama sebulan.
Jam 3 petang kami di beri taklimat oleh tenaga pengajar untuk memanfaatkan masa yang ada di sebelah petang bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami dari kumpulan ‘D Bayan’ telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk mendapatkan maklumat lengkap resort-resort yang terdapat di sekitar Kuala Tahan yang merangkumi Alamat lengkap, Nombor telefon, Faks, e-mail dan web. Contack person dan kkadar harga bilik bagi sesuah resort yang terdapat di Kuala Tahan. Nasib pada petang itu hujan turun renyai-renyai. Saya dalam kumpulan ketiga yang terdiri daripada En Anuar bin AB Majid dan En Mohd Ali Misban telah pergi ke Lokasi yang telah diarahkan mengikut tempat yang telah ditetapkan setelah dipecahkan kumpulan-kumpulan kecil. Seronok juga bila pergi servey resort-resort tersebut. Seperkara menarik lagi, pada petang tersebut saya bersama teman-teman berpeluang menggunakan teropong Nikon siri Action untuk melihat salah satu spesis fauna di sini iaitu seekor burung hantu kuning ( Buffy Fish Owl ) berhadapan dengan hostel tempat kami menginap.

Selepas menikmati makan malam, kami diperkenalkan dengan Nature Guide untuk aktiviti ‘Night Junglewalk’ iaitu Pak Cu, Awang dan Azhar. Aktiviti diteruskan dengan menonton video berkenaan keunikan dan keistimewaan Taman Negara di Pusat maklumat PERHILITAN. Setelah selesai menonton, kami meneruskan aktiviti ‘Night Junglewalk’ dengan melalui trek yang disediakan sehingga ke Bumbun Tahan.

Aktiviti tersebut penting dalam penilaian ‘Wildlife Observation’. Sepanjang meredah kegelapan malam, antara spesis fauna yang dijumpai adalah belalang ranting, kala jengking serta kilauan mata rusa di Bumbun Tahan. Aktiviti tamat kira-kira jam 10 malam dengan sedikit taklimat serta petua berjalan malam di hutan oleh Pak Cu . Kami berkumpul di hadapan chalet nombor 89 dan terpandang saya perkataan ‘Hembusan Nafas Mereka Adalah Respirasi Kita, Haruslah Kita Memperkekalkannya’. Perkataan yang begitu berkesan di hati untuk kita sama-sama bertindak ke arah pemuliharaan dan keutuhan integriti alam sekitar di Malaysia.

Awal jam 6.30 pagi, saya dan beberapa teman sempat ke Bumbun tahan untuk melihat fauna sebelum matahari terbit dapat melihat rusa, 3 ekor babi hutan, burung Murai Gajah (Asian Fairy-bluebird), burung Punai Kericau (Pink-necked Green-Pigeon). Selepas menikmati minum pagi, jam 9.30 pagi kami berkumpul di belakang hostel untuk aktiviti hari tersebut iaitu ‘Jungle Trekking’ dan melalui Titian kanopi. Penilaian ‘Jungletrekking’ oleh tenaga pengajar dilakukan semasa kami melaksanakan perjalanan bersama Nature Guide ke Titian kanopi (Canopy walk). Masih dengan Nature Guide yang sama, kami melalui trek yang disediakan. Sepanjang laluan, penerangan telah diberikan antaranya maklumat tentang cara mengenalpasti hutan primer, keunikan pokok pepanjat ‘liana’, keunikan pokok buluh, dan spesis flora seperti pokok tapak hantu dan pokok gaharu.
Bergambar sebelum ke Titian kanopi (Canopy walk).

Hari Ke dua ( Rabu - 6 Oktober 2010 ) 


Banir yang berusia ratusan tahun

Salah seorang Nature Guide Kuala Tahan

Akhirnya kami tiba di titian kanopi, yang telah dibina oleh pihak PERHILITAN pada tahun 1992 sebagai daya penarik di Taman Negara. Jambatan gantung yang diperbuat dari papan, aluminium serta ikatan tali sepanjang 530 meter dan berketinggian kira-kira 40 meter menjadi lokasi menarik untuk melihat kepelbagaian spesis flora dan fauna.

Titian ini merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia dan struktur jambatan ini dijangka akan bertambah jarak laluannya kerana dapat dilihat kerja-kerja pembinaan struktur baru jambatan sedang dibina dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya mulai Disember 2010. Bayaran dikenakan jika ingin melalui titian kanopi ini ialah bagi dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. Perasaan gayat benar-benar teruji apabila melalui titian kanopi ini.


Titian canopy yang begitu mengujakan. Cubalah kesana

Rappid Shooting menaiki bot ke Lata Berkoh

Kami kembali semula ke hostel kira-kira jam 1230 tengahari untuk aktiviti Rappid Shooting menaiki bot ke Lata Berkoh. Kami bergerak ke Lata Berkoh dengan menaiki bot yang boleh memuatkan seramai 4 orang. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan sungai Tahan. Pelbagai sepsis flora yang terdapat di sepanjang sungai tersebut. Sepanjang laluan dapat melihat penduduk pribumi- Orang Asli Suku Batek di tepi Sungai Tahan. Kelainan air Sungai Tahan yang berwarna coklat menambah keunikan. Hasil dari maklumat di Pusat Maklumat PERHILITAN, warna air Sungai Tahan yang berbeza dengan Sungai Tembeling dan sungai-sungai lain adalah disebabkan oleh batu syal (shale) yang terdapat di dasarnya yang menghasilkan warna coklat pada airnya. Setelah sampai di kawasan penurunan pelawat, kami bergerak ke kawasan Lata Berkoh sejauh 1.2 km dan mengambil masa kira-kira 15 minit berjalan kaki. Dapat diperhatikan juga lingkaran pokok rotan yang terdapat di Pokok Tualang (Koompassia Excelsa), yang pastinya menjadi sumber rezeki penduduk peribumi untuk mendapatkan hasil madu lebah untuk sumber pendapatan.

Setelah puas bermandian di lata tersebut, kami bergerak semula ke Mutiara Taman Negara Resort kira-kira jam 5 petang dengan menyusuri Sungai Tahan. Dalam perjalanan pulang sempat juga saya melihat Burung Murai Ekor Gading. Begitu cantik burung tersebut dengan bulu yang berwarna putih dan berekor panjang. Disamping itu juga terpancar kepuasan dan melihat akan kecekapan pemandu-pemandu bot yang mungkin anak tempatan Kuala Tahan menjadikan pekerjaan ini sumber pendapatan mereka. Selepas selamat sampai di jeti, masing-masing membawa haluan sendiri , menikmati minuman di restoran terapung seberang sungai atau berbincang menyiapkan tugasan kumpulan. Sebelah malam, aktiviti agak terbatas akibat hujan yang turun namun saya dan teman sebilik sempat ke Pusat Maklumat PERHILITAN untuk merakam info-info yang terdapat di bilik pameran.


Permandangan di Lata Berkoh


Tidak lepas peluang untuk mengabadikan kenangan

Hari ke tiga ( Khamis - 7 Oktober 2010)

Salah satu aktiviti di Kuala Tahan iaitu Bird Watching

Seawal jam 6 pagi, saya bersama teman-teman sekali lagi bergerak ke Bumbun Tahan namun hujan yang turun sejak semalam menyebabkan fauna-fauna seperti burung agak lewat keluar ke kawasan padang ragut. Setelah menikmati minum pagi, kami semua berkumpul untuk bergerak balik ke Sungai Buloh. Kali ini turut disertai 3 pelancong asing lain iaitu Wei Cheng dari Singapura, Susan dan Margaret dari China serta Nature Guide yang dikenali sebagai Man. Banyak informasi diperolehi hasil sesi pengenalan diri oleh mereka ketika di dalam bas.

Bas bergerak meninggalkan Kuala Tahan jam 10.30 pagi, memasuki Tol Temerloh jam 1230 tengahari dan singgah sebentar di Hentian rehat Genting Sempah kira-kira jam 2 petang. Kami selamat sampai di PERHEBAT Sungai Buloh kira-kira jam 3.30 petang dengan pelbagai kenangan, rantai kunci Mutiara Taman Negara Resort yang tertulis “Take Nothing But Photograph Leave Nothing But Foot print” dapat dijadikan ingatan, kenangan serta pengetahuan berguna sepanjang di Taman Negara – Pahang.

Kesimpulannya pengalaman menjalani lawatan praktikal dan penilaian ke Taman Negara Pahang benar-benar berkesan kerana kami dapat mengetahui situasi sebenar salah satu produk pelancongan dalam konsep ‘eco tourism’. Pengalaman sebenar di tempat tersebut amat penting bagi pelatih dalam menilai situasi yang melibatkan pelbagai perkara seperti kemudahan prasarana yang disediakan, komunikasi antara pengusaha dan pelanggan, layanan staff pengusaha penginapan. Segala input perkara tersebut akan dapat dijadikan sumber maklumat dan pengalaman berguna bagi mengetahui situasi sebenar dalam industri pelancongan.

Sememangnya jika diperhatikan Taman Negara menjadi tumpuan pelancong-pelancong dari luar negara bermaksud keunikan dan pengikhtirafan Malaysia sebagai salah satu dari 12 buah negara biodiversiti amat dikagumi mereka. Sesungguhnya peranan pelbagai pihak seperti Kementerian Pelancongan, pihak PERHILITAN, Malaysian Nature Society (MNS) amat perlu untuk berganding bahu dalam mempertingkatkan dan memperkekalkan kemudahan prasarana dan keindahan alam semulajadi yang terdapat di Taman Negara.
Persiapan untuk bergerak pulang.
Hembusan Nafas Mereka Adalah Respirasi Kita, Haruslah
 Kita Memperkekalkannya’.

Kenangan bergambar beramai-ramai Pelatih Usahawan Pelancongan
dalam persiapan untuk bergerak pulang

Penutup


Pada hari itu berakhirlah aaktiviti kami selama 3 hari 2 malam di Taman Negara Pahang. Banyak pengalaman baru dan pengetahuan mengenai Hutan Hujan Tropika yang kami perolehi sepanjang lawatan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar iaitu Encik Zulkifli yang telah menjayakan program. Selama 3 hari rasanya tidak mencukupi bagi kami kerana terlalu banyak perkara baru tentang khazanah rimba yang perlu kami ketahui. Justeru itu, semoga program seumpama ini dapat member kebaikan dan kesan yang mendalam kepada kami semua.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM INI