Friday, August 27, 2010

Hutan Simpan Bukit Nenas

Laluan pintu masuk Hutan Simpan Bukit Nenas

Di sini diceritakan serba sedikit beberapa fakta mengenai Hutan Simpan Bukit Nenas iaitu ia mempunyai:-

- Keluasan Hutan Simpan Bukit Nenas 30 ekar (9.37 hektar

- Digazetkan pada tahun 1906. Anggaran usia 3 juta tahun


- Status Hutan Dara (Primer)


- Di Tadbir oleh Jabatan Perhutanan Wilayah

                Bagi sesiapa yang membuat Nature Walk anda akan diberi pendedahan dan pengenalan   tentang Hutan Hujan Tropika atau Hutan Tanah Pamah (Lomland Forest) yang mempunyai ekosistem yang komplek dan Bio-Diversiti

Terdapat 4 laluan utamanya:-

a. Arbertorem Trail ( Denai Arboretum )


b. Panarahan Trail ( Denai Panarahan )


c. Jelutong Trail ( Denai Jelutong )


d. Merawan Trail ( Denai Merawan )


              Peserta yang mengikut program tersebut berhenti dibeberapa lokasi untuk berkongsi maklumat tentang kekayaan Hutan Simpan Bukit Nenas ini.   Nature Walk ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ianya bukanlah seperti safari walk di Afrika yang mana pasti kita dapat melihat Fauna yang berada dikawasan tersebut.
              Jika ada rezeki, Pelawat akan dapat melihat beberapa sepsis Fauna yang terdapat didalam Hutan Simpan Bukit Nenas ini, seperti kera ekor panjang, Lotong Kelabu, beberapa jenis burung dan beberapa jenis Fauna lain yang ada di sini. Dengan syarat pelawat dapat mengawal suara sepanjang program ini.
               Terdapat beberapa peraturan yang ringkas patut dipatuhi oleh pelawat iaitu dilarang membuang sampah, mengambil dan mematahkan sebarang ranting yang ada kerana perbuatan ini akan menganggu ekosistem yang sedia ada di Hutan Simpan Bukit Nenas.


TERDAPAT 24 STESEN YANG DILALUI SEPANJANG PROGRAM NATURE WALK

Stesen No 1
BUNGA RAYA – HABISCUS ROSA SINENSIS

Stesen No 2
BATAI – ALBIZIA FALCATA BACK

Stesen No 3
MERANTI PA’ANG – SHOREA BRACTEOLATA

Stesen No 4
ROYAL PALM

Stesen No 5
JELUTONG – DYERA COSTULATA

Stesen No 6
GETAH – HEVEA BRASILIENSIS

Stesen No 7
KERUING BULU – DIPTEROCARPUS

Stesen No 8
JERING – ARCHIDENDRON JERINGA

Stesyen No 9
PAPAN TANDA MONYET – LONG TAIL MACAQUE

Stesen No 10
POST BATAI

Stesen No 11
KREPAL – KOSTERMANSIA MALAYANA

Stesen No 12
KELEDANG BANGKONG (CEMPEDAK HUTAN) – ARTOCARPUS INTERGER)

Stesen No 13
KUNDANG DAUN KECIL (RUMINIA) – BOUEA OPPO SITIFOLIA

Stesen No 14
DURIAN PUNGGAL/DURIAN HUTAN

Stesen No 15
PLATFORM BURUNG

Stesen No 16
MAHANG GAJAH – MAKARANGA GIGENTI

Stesen No 17
HALIA BALDU – VALVET GINGER

Stesen No 18
SETAWAR PUTIH

Stesen No 19
MEMPELAS – TETRACERA

Stesen No 20
JAMBATAN GANTUNG

Stesen No 21
KADOK

Stesen No 22
AKAR LYANA

Stesen No 23
JELUTONG

Stesen No 24
BAYAS – ONCOSPERMA HORRIDUM

                  Bagi yang belum ke sana cubalah dekati diri anda dengan alam semulajadi yang mempunyai keuinkannya yang tersendiri. Anda akan dapat rasakan sendiri suasana yang menyenangkan dengan kicauan burung-burung dan unggas. Siapa sangka ditengah-tengah Hutan batu masih ada Hutan primer yang masih terkawal dan terpelihara mengenai struktur alam semulajadinya.

           

4 comments:

RosliThnin said...

tq ats info..ilmu jika dikongsi bersama pasti ada ganjarannya..

Telefon dan SMS said...

Sama2 lah kita menghadapinya. Kami siri 2/2010 akan melaluinya pada 01 - 02 Jun 2011. Pas tu pie usahawan dan OJT

Telefon dan SMS said...

Dah tamat kursus nie, tuan2 berpeluang ke mendapat kerja... atau projek pe sekarang

AZIZ ISMAIL said...

Buat sendiri ler. Free Lance, FRIM pun ada tawar buat Guide kat sana.Alhamdulillah

Post a Comment