Laluan pintu masuk Hutan Simpan Bukit Nenas
Di sini diceritakan serba sedikit beberapa fakta mengenai Hutan Simpan Bukit Nenas iaitu ia mempunyai:-
- Keluasan Hutan Simpan Bukit Nenas 30 ekar (9.37 hektar
- Digazetkan pada tahun 1906. Anggaran usia 3 juta tahun
- Status Hutan Dara (Primer)
- Di Tadbir oleh Jabatan Perhutanan Wilayah
Bagi sesiapa yang membuat Nature Walk anda akan diberi pendedahan dan pengenalan tentang Hutan Hujan Tropika atau Hutan Tanah Pamah (Lomland Forest) yang mempunyai ekosistem yang komplek dan Bio-Diversiti
Terdapat 4 laluan utamanya:-
a. Arbertorem Trail ( Denai Arboretum )
b. Panarahan Trail ( Denai Panarahan )
c. Jelutong Trail ( Denai Jelutong )
d. Merawan Trail ( Denai Merawan )
Peserta yang mengikut program tersebut berhenti dibeberapa lokasi untuk berkongsi maklumat tentang kekayaan Hutan Simpan Bukit Nenas ini. Nature Walk ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dan ianya bukanlah seperti safari walk di Afrika yang mana pasti kita dapat melihat Fauna yang berada dikawasan tersebut.
Jika ada rezeki, Pelawat akan dapat melihat beberapa sepsis Fauna yang terdapat didalam Hutan Simpan Bukit Nenas ini, seperti kera ekor panjang, Lotong Kelabu, beberapa jenis burung dan beberapa jenis Fauna lain yang ada di sini. Dengan syarat pelawat dapat mengawal suara sepanjang program ini.
Terdapat beberapa peraturan yang ringkas patut dipatuhi oleh pelawat iaitu dilarang membuang sampah, mengambil dan mematahkan sebarang ranting yang ada kerana perbuatan ini akan menganggu ekosistem yang sedia ada di Hutan Simpan Bukit Nenas.
TERDAPAT 24 STESEN YANG DILALUI SEPANJANG PROGRAM NATURE WALK
Stesen No 1
BUNGA RAYA – HABISCUS ROSA SINENSIS
Stesen No 2
BATAI – ALBIZIA FALCATA BACK
Stesen No 3
MERANTI PA’ANG – SHOREA BRACTEOLATA
Stesen No 4
ROYAL PALM
Stesen No 5
JELUTONG – DYERA COSTULATA
Stesen No 6
GETAH – HEVEA BRASILIENSIS
Stesen No 7
KERUING BULU – DIPTEROCARPUS
Stesen No 8
JERING – ARCHIDENDRON JERINGA
Stesyen No 9
PAPAN TANDA MONYET – LONG TAIL MACAQUE
Stesen No 10
POST BATAI
Stesen No 11
KREPAL – KOSTERMANSIA MALAYANA
Stesen No 12
KELEDANG BANGKONG (CEMPEDAK HUTAN) – ARTOCARPUS INTERGER)
Stesen No 13
KUNDANG DAUN KECIL (RUMINIA) – BOUEA OPPO SITIFOLIA
Stesen No 14
DURIAN PUNGGAL/DURIAN HUTAN
Stesen No 15
PLATFORM BURUNG
Stesen No 16
MAHANG GAJAH – MAKARANGA GIGENTI
Stesen No 17
HALIA BALDU – VALVET GINGER
Stesen No 18
SETAWAR PUTIH
Stesen No 19
MEMPELAS – TETRACERA
Stesen No 20
JAMBATAN GANTUNG
Stesen No 21
KADOK
Stesen No 22
AKAR LYANA
Stesen No 23
JELUTONG
Stesen No 24
BAYAS – ONCOSPERMA HORRIDUM
Bagi yang belum ke sana cubalah dekati diri anda dengan alam semulajadi yang mempunyai keuinkannya yang tersendiri. Anda akan dapat rasakan sendiri suasana yang menyenangkan dengan kicauan burung-burung dan unggas. Siapa sangka ditengah-tengah Hutan batu masih ada Hutan primer yang masih terkawal dan terpelihara mengenai struktur alam semulajadinya.
4 comments:
tq ats info..ilmu jika dikongsi bersama pasti ada ganjarannya..
Sama2 lah kita menghadapinya. Kami siri 2/2010 akan melaluinya pada 01 - 02 Jun 2011. Pas tu pie usahawan dan OJT
Dah tamat kursus nie, tuan2 berpeluang ke mendapat kerja... atau projek pe sekarang
Buat sendiri ler. Free Lance, FRIM pun ada tawar buat Guide kat sana.Alhamdulillah
Post a Comment